Resepi Fettucine Carbonara Udang dan Cendawan

Resepi Fettucine Carbonara, pada asasnya adalah pasta jenis fettucine yang dimasak bersama sos carbonara. Sebelum tu Che Nom nak senaraikan jenis pasta yang kebanyakan terdapat di pasar raya seperti spaghetti, fettucine, fusilli, linguine, tagliatelle, penne, macaroni dan banyak lagi. 

Bezanya adalah dari segi bentuk dan juga kawasan asal-usul pasta ni. Untuk hidangan carbonara, selain fettucine boleh juga digantikan dengan spaghetti. Resepi ni dikongsikan oleh sahabat baik Che Nom yang sekarang menetap di luar negara, dan tiada telur dalam sos carbonara ni. Mungkin cara ini adalah bertentangan dengan resepi klasik carbonara, tetapi rasanya sangatlah sedap dan sesuai untuk hidangan vegetarian. 

Akan datang Che Nom akan kongsikan resepi carnonara menggunakan telur di entri yang berlainan. Anda harus cuba resepi ni, mudah dan cepat dihidangkan. Kombinasi udang dan cendawan sangat sedap dan membangkitkan rasa sos carbonara.



Ditulis oleh : Che' Nom
Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 5 minit | Keseluruhan: 20 minit
Jumlah Hidangan : 2 orang
Bahan-Bahan:

100g fettucine kering, ATAU anggaran 1 mangkuk besar fettucine yang sudah direbus
3 sudu besar minyak zaitun extra virgin
2 ulas bawang putih, hiris nipis
6-7 ekor udang
1 cawan whipping cream ATAU thick cream (Che Nom guna jenama Anchor)
1/2 cawan susu full cream
1 sudu kecil serbuk lada hitam
4 cendawan butang, hiris nipis
3 sudu besar serbuk parmesan cheese
daun ketumbar, untuk taburan
Cara Penyediaan:

Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga kekuningan.
Masukkan udang dan cendawan butang dan serbuk lada hitam. Masak seketika sehingga udang separuh masak dan cendawan menjadi lembut.
Masukkan fettucine, whipping cream dan susu full cream. Masak sehingga kuah agak mendidih dan taburkan dengan serbuk parmesan. Kacau sebati.
Perasakan dengan sedikit garam dan gaul dengan hirisan daun ketumbar.
Tips:
Gunakan serbuk lada hitam yang baru dikisar supaya rasa lebih fresh dan sedap. Anda boleh gantikan cendawan butang dari tin jika tiada cendawan butang segar. Tetapi rasa kan lebih sedap jika gunakan cendawan butang segar.


Resepi Siakap Stim Asam Boi

Resepi Siakap Stim Asam Boi, bagi sesiapa yang inginkan sesuatu yang agak lain dalam masakan ikan dan tak pasti dari mana asal resepi. Asam boi memberikan rasa masam dan manis pada kuah ikan siakap yang di stim. Che Nom gunakan asam boi putih. Rasanya sangat sedap! Cubalah.



Ditulis oleh : Che' Nom
Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 20 minit | Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang
Bahan-Bahan:

1 ekor siakap, bersihkan
5 biji asam boi
3 ulas bawang putih, hiris nipis
3 biji bawang merah, hiris nipis
2 inci halia, potong halus seperti batang mancis
1/2 batang karot, potong halus seperti batang mancis
2 sudu besar sos ikan Thai
1 sudu kecil tepung jagung
1 biji kimau nipis
1/2 cawan air
1 biji tomato, potong 4
4-5 tangkai daun ketumbar
Cara Penyediaan:

Letak ikan di atas loyang, atau dulang tahan panas.
Tabur hirisan bawang putih, bawang merah, halia, asam boi dan karot.
Tuang bancuhan air tepung jagung, sos ikan Thai dan perahan jus limau nipis.
Tabur garam sedikit gula. Kukus selama 15 minit.
Selepas 15 minit, buka kukusan dan tabur daun ketumbar bersama tomato. Sambung kukus selama 5 minit. Angkat dan hidangkan.



Kerabu Daging Ala Thai

Kerabu Daging Ala Thai
Resepi Kerabu Daging ala Thai, sejenis kerabu yang sangat sedap dan popular dari negara jiran. Kombinasi masam, pedas dan aroma dari hirisan serai yang sangat harum membuatkan kerabu ini sebagai pembuka selera jika dimakan bersama nasi panas. Pastikan daging yang digunakan adalah segar.



Ditulis oleh : Che' Nom
Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 0 minit | Keseluruhan: 15 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang
Bahan-Bahan:

300g daging, rebus smpai lembut
1 biji bawang besar, hiris nipis
1 batang serai, hiris nipis
1 biji tomato, hiris nipis
5-7 biji cili padi, hiris nipis
2 sudu besar sos ikan
1 biji limau nipis, ambil jus
3 helai daun limau purut, hiris halus
garam dan gula secukup rasa
Cara Penyediaan:

Hiris daging rebus nipis-nipis dengan cara melintang urat.
Gaulkan daging bersama kesemua bahan di atas.
Masukkan garam dan gula secukup rasa. Lebihkan sedikit gula kerana dapat mengimbangi rasa masam dan pedas.
Tips:
Rebus daging sehingga empuk, dan cara untuk melembutkan daging mengikut petua orang-orang tua ialah dengan rebus daging bersama sebatang sudu, atau boleh juga dimasukkan daun nangka atau daun betik.


Resepi Puding Roti


Puding Roti
Resepi Puding Roti



Ditulis oleh : bukuresepi
Masa:
Penyediaan: 35 Minit | Memasak: 15 Minit | Keseluruhan: 50 minit
Jumlah Hidangan : 1
Bahan-Bahan:

Bahan untuk di kisar
4 keping roti*
2 biji telur ayam *
1 tin susu cair (400ml)*
1 sudu teh asen vanilla*
Bahan-bahan lain
10 gm serbuk agar-agar
1 cawan gula pasir
3 cawan air
2 sudu besar majerin
3 jenis pewarna kesukaan
Cara Penyediaan:

Masak serbuk agar-agar dan juga gula bersama air di atas api dapur. dah larut masukkan gula.
Sementara itu, masukkan bahan-bahan bertanda * ke dalam mesin pengisar(blender) dan kisar halus.
Tuang bahan kisar ke dalam larutan agar-agar yang mendidih.
Kacau sentiasa hingga larutan agak pekat.
Masukkan majerin dan kacau hingga larutan menggelegak. Tutup api dapur.
Bahagi larutan puding kepada 3 bahagian. Warnakan setiap bahagian dengan pewarna yang berlainan. (Kalau guna serbuk koko, gaul sebati serbuk koko dengan salah satu bahagian larutan puding).
Basahkan loyang atau acuan pilihan dan sendukkan larutan puding berselang-seli setiap bahagian. Sendukkan adunan terus menerus, maknanya tak perlu tunggu keras adunan yang dah disendukkan ke dalam loyang tu. Kalau nak dapatkan corak seperti di atas tu, sengetkan loyang dan sendal loyang tu di salah satu hujungnya supaya tak jatuh. Kemudian mulalah menyenduk adunan berselang-seli hingga habis digunakan. Kembalikan loyang pada kedudukan asal dan biar puding keras.
Masukkan ke dalam peti sejuk. Hidangkan sejuk-sejuk memang sedap.


Cara-cara nak buat aiskrim pelangi dengan buah-buahan. Senang dan sihat !

Cara-cara nak buat aiskrim pelangi dengan buah-buahan. Senang dan sihat !


Teringin nak makan aiskrim tapi tengah diet katanya. So buat lah aiskrim sendiri versi healthy. Nak buat lah aiskrim berwarna warni sang pelangi sikit. Baru syok sikit nak makan. Beli bekas aiskrim yang ada muncung macam ni senang. Tak ada lah makan meleleh-leleh. Kalau aiskrim cair pon boleh sedut je kat muncung itu. Bekas aiskrim ni aku beli dekat Daiso je. Lima hengget je. Murah dan sangat praktikal.




 Bahan-bahan nya simple je.

-Buah-buahan yang pelbagai warna
-lemonade
-madu


Lemonade aku beli dekat pasaraya je yang dalam botol siap. Tapi sebab masam nau,aku tambah lah dengan madu. Baru lah manis sesedap rasa. Jangan guna gula. Kalau nak sihat, gantikan gula dengan madu ye :)





Susun lah dalam bekas aiskrim masing-masing mengikut peringkat warna



Susun sampai habis semua buah.





Masuk kan lemonade + madu tadi. Siap dan boleh dibekukan





Kalau nak buat tolong lah jangan masuk kan dragon fruit itu. Warna aiskrim aku jadi tak menarik bila di tambah dengan dragon fruit itu.Aku lah yang gatal tangan sangat nak masuk kan buah naga sekali konon nak bajet lagi kreatif. Menyampah pulak dengan itu buah naga. Selamba tenuk dia je mencarca-marba kan warna aiskrim aku dengan warna dia sorang je. Masuk 5 buah pon ok dah. Jadi dah ala-ala pelangi.




Tadaaa! Siap dah. Bila gigit layer by layer boleh rasa macam-macam flavour daripada buah tu sendiri :D




Boleh lah makan sesisi keluarga.




Nak nampak lebih menarik, boleh potong buah besar-besar macam ni. Lagi nampak stylo kan aiskrim tu.


Sumber : Cik Epal


Fudgy Vanilla Brownie

At first glance, this fudgy vanilla brownie doesn’t look so appetizing in the large pan it’s baked in. It’s actually called a white texas sheet cake, but I decided “cake” just doesn’t do this treat justice. Maybe it’s because I’m more of a brownie girl, but it tastes more like a brownie to me–a fudgy brownie.   There are 3 reasons I would normally pass on this dessert at first site:
  1. I’m not a big fan of cake in general
  2. I don’t care for plain vanilla stuff
  3. There are no nuts or chips or chunks in this–boring!
So. Not. Boring.
Fudgy Vanilla Brownie, also known as White Texas Sheet Cake, this recipe is AMAZING! #brownie #texassheetcake KristenDuke.com
In case you might have thought like me that it was a boring dessert, let me stop you there–this treat is far from ordinary. It makes such a giant pan, I had to instantly plate several slices, and rush them to my neighbors. Within minutes of my “runner” delivering them, I got texts from all 3 neighbors exclaiming the amazement they had experienced with their first bite.
So instead of “cake” I’m renaming my recipe because it’s more like a vanilla brownie. Fudgy and chewy and amazing.
Story time!  I was first introduced to this heavenly concoction when I helped at a  youth conference a month ago with food preparation. At the end of the evening we pulled out both chocolate and vanilla Texas sheet cakes (Texas because it’s so big?) and I didn’t give much thought into trying the dessert (because of the aforementioned 3 points above) but I looked again. Upon closer examination, I saw the fudgy moist-ness, and I thought I’d give it a try. 5 slices later (I am not kidding) I had to banish myself to another room. I’ve been day dreaming of making it ever since.
vanilla brownies
My friend Michelle has had the recipe for several years, and it calls for water to mix with the butter on the stove top, but my fabulous culinary friend, Juliet decided to use heavy whipping cream instead of water to give it an extra boost of yumminess!  (If you want the light version, go for the water, but it might not be as tasty). It also has almond extract in the cake and frosting, which I ADORE, but can be substituted for vanilla if there are allergies.
stovetop cake
Never had I made a cake or brownie over stove top. Am I missing something that others already knew about? As I added ingredients, it thickened, and my heart started palpitating.
jelly roll pan
I could tell it was going to be fudgy, like I love. It baked a quick 20 minutes–super easy to make! It’s great for big groups, too, you just can’t go wrong!  Here is the recipe:
4.9 from 11 reviews
Fudgy Vanilla Brownie
Author: 
Recipe type: Dessert
 
This fudgy vanilla brownie is also called White Texas Sheet Cake, but I didn't think "cake" did it justice. It's amazing!
Ingredients
  • Cake/Brownie:
  • 2 C flour
  • 2 C sugar
  • 1 tsp salt
  • 1 tsp baking powder
  • 1 C butter
  • ½ C sour cream
  • 1 C heavy whipping cream
  • 2 large eggs (lightly beaten)
  • 1 tsp almond extract
  • Frosting:
  • ½ C butter
  • ¼ C milk
  • ½ tsp almond extract (or more to taste)
  • 3 C powdered sugar
Instructions
  1. Preheat oven 350
  2. Grease and flour jelly roll pan (15x10)
  3. In large bowl combine flour, sugar, salt and baking powder; set aside
  4. In small sauce pan combine butter and heavy whipping cream
  5. Bring to boil, stirring occasionally
  6. Add flour mixture, stirring to combine.
  7. Stir in sour cream, eggs and almond extract, pour into pan
  8. Bake 22-25 minutes or until toothpick comes out clean.
  9. Let Cool
  10. Make frosting
  11. Spread warm cake with butter frosting

Just a fun pic of the pan and my photo set up.

photo set up

White Texas Sheet Cake or Fudgy Vanilla Brownie, this recipe is amazing and so moist and delicious! #brownie #texassheetcake www.KristenDuke.com
Are you like me and generally steer clear of the plain? Give it a chance the next time you are feeding a crowd! If you can’t wait til then, make the neighbor plates ahead of time so you aren’t tempted to eat the whole thing!


Resepi :: Kek Batik yg Sedap dan Senang Sangat!!

Resepi Kek Batik - Jika kita bercakap tentang kek, mungkin tidak ada berkesudahan. Bila-bila masa terdapat inovasi yang dicipta oleh Chef untuk berbagai resepi kek. Sering kita tengok banyak buku yang dijual membincangkan segala macam resepi kek. Jika pada post terdahulu saya telah membincangkan tentang resepi kek coklat, kali ini saya nak membincangkan salah satu resepi paling popular lain, ialah kek batik. Kek ni sedang menjadi pilihan kegemaran ibu bapak serta kanak-kanak dalam membuat kek di Malaysia. Ini adalah kerana kek ini mudah untuk dibuat, tak perlu banyak wang, dan ia lembut dan lazat.

Resepi Kek Batik Coklat Milo Lembut dan Sedap

Resepi kek batik coklat milo topping cheese lembut dan sedap ini boleh anda cuba sendiri di rumah kerana buatnya mudah. Anda bisa menayangkan resepi kek ni buat acara bersama rakan-rakan ataupun keluarga. Untuk anda yang ingin beri hadiah kepada ibu atau orang yang disayangi, tetapi tak mempunyai banyak wang, atau keliru mahu membeli apa, kek batik boleh menjadi penyelesaian untuk anda.

Resepi Kek Batik

Bahan-bahan buat kek batik:
– 2 cawan milo
– 2 sudu besar serbuk koko
– 1 tin susu pekat manis
– 1 buku buttercup
– 1 paket biskut Marie
Cara buat kek batik:
  1. Cairkan dulu butter dalam periuk yang dipanaskan dengan api kecil. Bila sudah cair, masukkan susu pekat dan gaul lagi hingga sebati.
  2. Lepas itu, masukkan Milo dan serbuk koko ke dalam periuk. Masukkan sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga sebati. Jangan tinggalkan sebatian ini berketul-ketul.
  3. Masukkan biskut Merrie yang telah dipatahkan (tidak sampai hancur) sebelumnya ke dalam periuk, dan gaul hingga rata.
  4. Lepas itu, masukkan adonan ke dalam loyang yang telah dialas dengan plastic biar mudah nak dikeluarkan.
  5. Padatkan kek batik tadu dengan tekan-tekan menggunakan sudu.
  6. Bila dah padat, simpan loyang ke dalam peti sejuk sekira 3 jam.
Bahan buat cheese topping:
- 250 gm cream cheese
- 1 biji telur
- 2 sudu makan gula kaster
Cara buat kek batik cheese:
  1. Kacau semua bahan sampai halus dan letakkan di atas kek batik.
  2. Bakar dalam oven dengan panas 160 darjah selama 5 minit.
  3. Angkat dan sejukkan sebelum di hiris. 

Selamat mencuba resepi kek batik coklat milo topping cheese lembut dan sedap. Anda boleh kurangkan susu pekat manis di dalam resepi bila tidak mahu manis sangat. Kalau suka kek batik yang lebih lembut, patah-patahkan biskut dulu dan biar kan lemau sikit.