Resepi Apam Mekar Tepung Beras
Posted By:
salleh
on 21:22:00
Resepi Apam Mekar Tepung Beras yang gebu, lembut dan cantik sangat kejadiannya. Caranya cukup mudah dan cepat pula disediakan. Resipi ni diambil dari Kak Fida/MyResipi. Pertama kali cuba dan hasilnya sangat memuaskan, cuma Che Nom kurangkan sedikit gula dari resipi asal. Apam mekar tepung beras ni sesuai juga dihidangkan kepada kanak-kanak kerana rupanya yang comel jika diletakkan di dalam muffin cup yang kecil dan warna yang lembut dan ceria. Menarik juga jika dihidangkan di hi-tea party.
Ditulis oleh : Che' Nom
Masa:
Penyediaan: 10 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 20 minit
Jumlah Hidangan : 30 biji saiz kecil
Bahan-Bahan:
200 g tepung beras (2 cwn)
2 sudu kecil baking powder
2/3 cawan gula
1 cawan susu segar
1 sudu kecil esen vanilla
pewarna atau emulco
Cara Penyediaan:
Panaskan kukusan. Ikat tudung pengukus dengan kain supaya wap air tidak menitik ke dalam kuih.
Satukan tepung beras, baking powder dan gula. Gaul sebati.
Masukkan susu dan esen vanilla ke dalam adunan kering kemudian kacau sebati. Kacau sehingga adunan menjadi licin dan sekata.
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian. Che Nom bahagikan kepada 3 bahagian. Adunan pertama tiada campuran, adunan kedua ditambah pati sirap dan aduna ketiga ditambah pandan emulco.
Sudukan ke dalam acuan kecil dan kukus selama 10-15 minit. Jika muffin cup size kecil, cuma kukus 6-7 minit sahaja.
Resepi Puding Sagu Gula Melaka
Posted By:
salleh
on 21:21:00
Resepi Puding Sagu Gula Melaka, hidangan pencuci mulut yang boleh disediakan di majlis istimewa. Bagi Che Nom, walaupun resepinya mudah tetapi sangat versatile jika dihidangkan dengan cantik dan kemas. Terima Kasih kepada blog kak Azlita Masam Manis kerana tips membilas sagu supaya hilang kanjinya. Dengan cara itu, sagu akan lebih kental dan terbentuk dengan cantik. Jangan risau jika sagu nampak agak hancur, teruskan bilas dengan air dan toskan. Untuk resipi ini, Che Nom gunakan sukatan cawan supaya mudah dan cepat. Bagi kuah santan pula, lagi sedap jika kita gunakan santan segar. Selamat mencuba :)
Ditulis oleh : Che' Nom
Masa:
Penyediaan: 45 minit | Memasak: 10 minit | Keseluruhan: 55 minit
Jumlah Hidangan : 18-20 biji
Bahan-Bahan:
Bahan untuk sagu:
1 1/2 cawan sagu
air secukupnya
Bahan untuk kuah santan:
2 1/2 cawan santan (dari 1/2 biji kelapa)
1 sudu besar tepung beras
1 sudu kecil garam
1 helai daun pandan, carik dan simpul
Bahan untuk sirap gula melaka:
1 ketul besar gula melaka
3 sudu besar gula merah serbuk Thai
2 sudu besar gula pasir
1 helai daun pandan, carik dan simpul
Cara Penyediaan:
Rendamkan biji sagu bersama air selama 1/2 jam. Anggaran air sehingga tenggelam dua ruas jari.
Rebus sagu di atas api perlahan sehingga hilang putih di tengah-tengah biji. Jika air kurang tambahkan sedikit supaya sagu masak dengan sempurna.
Tuang sagu di atas penapis dan bilas dengan air mengalir supaya kanjinya keluar.
Toskan dan masukkan pewarna kesukaan anda. Kacau sekata. Sudukan sagu ke dalam acuan dan sejukkan di dalam peti ais selama 30 minit. Sagu akan terbentuk dan kental apabila sejuk.
Keluarkan dari acuan dan hidang bersama kuah santan dan sirap gula melaka.
Cara untuk kuah santan:
Masak santan bersama daun pandan, tepung beras dan garam di atas api perlahan.
Kacau sekata supaya santan tidak berketul. Apabila kuah sudah mendidih dan pekat, angkat dan sejukkan.
Cara untuk sirap gula melaka:
Masukkan air di dalam periuk bersama gula melaka, gula merah Thai, gula pasir dan daun pandan.
Masak sehingga sirap mendidih pekat dan ketulan gula hilang. Kacau sebati.
Tapis dan sejukkan.
Tips:
Kuah santan: Kuah santan haruslah sedikit pekat dan masin. Tidak terlalu masin tetapi cukup untuk mengimbangi rasa manis dari sirap gula melaka. Sirap gula melaka: Che Nom tambahkan gula merah Thai kerana rasanya yang sedap dan warnanya yang pekat kehitaman. Bila dimasak bersama gula melaka, warna yang terhasil sangat cantik dan rasanya sangat sedap.
Resepi Bingka Labu Sedap
Posted By:
salleh
on 21:19:00
Resepi Bingka Labu yang sangat sedap dan masih mengekalkan bahan tradisi asal. Che Nom tidak tambah pewarna dalam masakan kuih ini kerana warna asli labu sudah cukup menyerlah dan cantik dipandang. Caranya amat mudah, masukkan kesemua bahan dan blender atau pun boleh juga gunakan food processor dan kisar dengan halus. Masa dapat dijimatkan. Selamat Mencuba :)
Ditulis oleh : Che' Nom
Masa:
Penyediaan: 15 minit | Memasak: 25 minit | Keseluruhan: 40 minit
Jumlah Hidangan : 5 biji
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung gandum
2 1/4 cawan santan (tak perlu terlalu pekat)
3 biji telur
3/4 cawan gula pasir
1/2 sudu kecil garam halus
3 sudu mentega, cairkan
2 cawan puri labu
bijan secukupnya
Cara Penyediaan:
Kupas kulit labu dan potong kiub. Steam sehingga lembut dan kemudian lecek halus. Sukat sebanyak 2 cawan.
Masukkan tepung, santan, telur, gula pasir, garam dan mentega. Kisar semua bahan-bahan tersebut sehingga sebati.
Tuang bahan kisar ke dalam bekas dan kacau bersama puri labu.
Tuang bancuhan ke dalam acuan yang sudah digris dengan minyak, tabur permukaan atas dengan bijan dan bakar selama 20-25 minit, atau sehingga bahagian atas kuih masak keperangan.
Keluarkan dari acuan dan sejukkan sebelum dipotong
Resepi Tortilla Wrap Ayam Panggang
Posted By:
salleh
on 21:17:00
malam. Jika anda tercari makanan yang simple dan mudah juga tidak terlalu 'berat' untuk dimakan,sila cuba resipi ni. Memang sedap dan tak susah pun untuk disediakan. Memang makanan kegemaran keluarga Che Nom ni :)
Ditulis oleh : Che' Nom
Masa:
Penyediaan: 20 minit | Memasak: 15 minit | Keseluruhan: 35 minit
Jumlah Hidangan : 6 orang
Bahan-Bahan:
Bahan untuk wrap:
6 keping roti tortila
Mayonis
Bahan untuk ayam panggang:
2 keping ayam bahagian dada
1 sudu kecil serbuk lada hitam, kisar kasar
1 biji bawang putih, parut halus menjadi pes
1/2 sudu kecil garam halus
2 sudu besar minyak zaitun
Bahan untuk salad:
Kubis ungu, hiris sederhana nipis
Daun salad, hiris sederhana kecil
Ceri tomato, dibelah dua
Karot, diparut kasar
1/2 batang timun (saya gunalan timun jepun)
Bahan untuk kuah salad:
3 sudu besar minyak zaitun
3 besar madu
3 sudu besar perahan jus lemon
Secubit garam
Sedikit serbuk kasar lada hitam
Cara Penyediaan:
Cara-cara untuk ayam panggang:
Belah dua dada ayam dan buka lebar, tapi pastikan tidak terputus dua.
Perap ayam bersama lada hitam, bawang putih, garam dan minyak zaitun selama minimum 1/2 jam.
Panggang dengan sedikit minyak di atas kuali non-stick pada kedua belah bahagian ayam sehingga masak.
Angkat dan rehatkan selama 10 minit kemudian hiris nipis.
Cara-cara untuk salad:
Gaulkan semua daun salad bersama sayuran lain dan ketepikan.
Dalam botol kecil, masukkan semua bahan untuk kuah salad dan goncangkan selama beberapa minit sehingga betul-betul sebati. Gaulkan kuah salad bersama bahan salad. Tuang sedikit dahulu, jika kering tambahkan sedikit demi sedikit.
Cara untuk balutan salad (tortila wrap):
Panaskan roti tortila di atas non-stick pan dalam 2-3 minit setiap sebelah bahagian.
Sudukan salad ke atas tortila dan susun memanjang. Letakkan ayam dan mayonis, kemudian balut atau guling dengan kemas. Sedia untuk dihidang.
Tips:
Rendam dulu semua sayuran dan salad di dalam air ais selama 15-20 minit sebelum dikeringkan air menggunakan tisu dapur atau salad spinner (salad spinner adalah yang terbaik). Ini adalah untuk mendapatkan salad yang segar dan rangup.
Resepi Sandwich Telur Sedap
Posted By:
salleh
on 21:16:00
Resepi Sandwich Telur yang paling mudah untuk disediakan di waktu sarapan pagi atau minum petang. Sesuai desediakan untuk bekalan sarapan anak-anak ke sekolah juga.
Ditulis oleh : Che' Nom
Masa:
Penyediaan: 10 minit | Memasak: 5 minit | Keseluruhan: 15 minit
Jumlah Hidangan : 4 orang
Bahan-Bahan:
4 biji telur, direbus
8 keping roti sandwich
Sedikit mentega atau margerin (planta) untuk disapu pada roti
1 sudu besar mentega atau margerin, untuk inti telur
2-3 sudu besar mayonis
1/2 sudu kecil lada hitam kisar
1/4 sudu kecil garam
Daun salad
Tomato
Cara Penyediaan:
Potong bahagian tepi kerak roti di keempat-empat bahagian.
Buang kulit telur dan hancurkan telur menggunakan garfu, tetapi jangan terlalu hancur. Biar ada sedikit ketulan kasat untuk tekstur.
Masukkan mentega, lada hitam, mayonis dan garam. Kacau sebati.
Sapu roti dengan sedikit mentega dan letakkan inti telur, salad dan tomato sekata di antara 2 keping roti. Potong sandwich kepada dua atau empat bahagian mengikut kesukaan anda dan sedia untuk dihidang.
Subscribe to:
Posts (Atom)